Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... Terlebih dahulu saya ingin mengucap syabas kepada Setiausaha kerana telah memainkan peranan demi memajukan lagi Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Dungun ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha di atas komitmen beliau bagi menerbit Laman Blog ini. Tujuan utama penerbitan laman ini bukanlah untuk membuat debatan tetapi ke arah untuk memperlihatkan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KSK JKRD dengan memaparkan gambar-gambar yang saya rasa amat perlu dipertontonkan kepada ahli-ahli. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah memberi kerjasama yang padu bagi menjayakan setiap aktiviti anjuran kelab sepanjang saya menjadi Yang Dipertua. Saya amat berharap agar ahli-ahli tidak jemu dan menyertai setiap program yang dianjurkan oleh kelab terutamanya yang melibatkan keluarga kerana ia boleh mengeratkan lagi silaturahim di antara keluarga ahli dengan pihak jabatan. Seperkara lagi kita juga memberi sedikit sumbagan kepada keluarga ahli yang telah meninggal dunia. Saya berharap sumbangan seperti ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Insya Allah...
"A man who make a mistake and does not correct it is making another mistakes...'"
“Some people come into our lives and quickly go, some of them stay for a while, and leave footprints on our hearts..... And we are never, ever the same.......,”
BERITA PENTING
Senarai Ahli Yang Sedang Sakit:-
Haji Mohamad bin Ali - sedang terlantar di rumah kerana sakit barah usus
Senarai Ahli Yang Telah Meninggal Dunia:-
Hanafi bin Abdul Rahman
Abdullah bin Che Muda
BARISAN AHLI JAWATANKUASA KSK JKR DUNGUN 2007/2009
Yang Dipertua: Haji Md. Zaid bin Ali
Naib Yang Dipertua I: Haji Zulkipli bin Awang
Naib Yang Dipertua II: Salleh bin Samat
Setiausaha Kehormat: YM. Che Ku Zainal bin Che Ku Muda
Penolong Setiausaha: YM. Tengku Zawawi bin Tengku Bakar
No comments:
Post a Comment